Content feed Comments Feed

Sesi Pendaftaran 2010

Posted by Unknown Thursday, December 31, 2009


31 Dis 09 - Sempena sesi persekolahan yang baru tahun 2010 , pihak sekolah telah mengadakan hari pendaftaran dan pembayaran alat tulis bagi murid-murid yang akan mula memasuki sesi persekolahan baru bermula Isnin ini. Ini bagi memastikan murid-murid dapat mengikuti sesi pembelajaran pada hari pertama persekolahan dengan lancar. Termasuk juga murid-murid yang baru memasuki alam persekolahan darjah satu yang mana ibu bapa mereka hadir untuk pendaftaran dan pembayaran alat tulis sekolah. Kerjasama yang diberikan oleh pihak ibu bapa amat menggalakkan. Satu taklimat berkenaan dengan perjalanan sekolah turut diadakan oleh pihak sekolah kepada ibubapa murid tahun satu. Ini bagi memberikan gambaran yang jelas kepada mereka tentang suasana anak-anak mereka yang baru berada di alam persekolah. Taklimat disampaikan oleh GPK HEM Puan Normah Bt Johari.

0 comments