Content feed Comments Feed

Hari Akhir Sesi 2007

Murid-murid sedang bersalaman dengan guru-guru pada hari akhir persekolahan tahun 2007...

Pendaftaran 2010

31 Dis 09 - Sempena sesi persekolahan yang baru tahun 2010 , pihak sekolah telah mengadakan hari pendaftaran dan pembayaran alat tulis bagi murid-murid yang akan mula memasuki sesi persekolahan baru bermula Isnin ini. Ini bagi memastikan murid-murid dapat mengikuti sesi pembelajaran pada hari pertama persekolahan dengan lancar. ...

Speed race

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus ...
CahayaBiru.com

Hari Akhir Persekolahan 2007

Posted by Unknown Friday, November 16, 2007

Murid-murid sedang bersalaman dengan guru-guru
pada hari akhir persekolahan tahun 2007

Murid bersalaman dengan guru-guru di hari akhir
persekolahan tahun 2007

UPSR 2007

Posted by Unknown Thursday, November 15, 2007

Antara murid cemerlang SK Serom 3 yang mendapat
5A dalam peperiksaan UPSR 2007

Antara wajah ceria calon UPSR 2007 yang mendapat 5A

Majlis Perpisahan

Posted by Unknown Tuesday, November 13, 2007

Cikgu Basir menyampaikan ucapan sempena majlis
perpisahannya kerana bertukar ke
SK Sagil Kampung pada tahun hadapan

Cikgu Shamsudin turut bertukar sekolah pada tahun
hadapan. sedang menyampaikan ucapan
dalam majlis perpisahan

Suasana jamuan akhir tahun yang dianjurkan oleh
Badan Kebajikan Staff bertempat di Mann Chalet , Muar

GPK 1 menyampaikan hadiah kepada tetamu yang
memenangi hadiah cabutan bertuah

Hari Anugerah Cemerlang 2007

Posted by Unknown Monday, November 12, 2007

YDP PIBG SK Serom 3 diiringi oleh Guru Besar
menyampaikan anugerah murid cemerlang.

Sebahagian daripada Ibu Bapa yang hadir untuk

menyaksikan anak-anak mereka menerima

anugerah di Hari Anugerah Cemerlang 2007

Jamuan Akhir Tahun Kelab Pustakawan SKS 3

Posted by Unknown Wednesday, November 7, 2007

Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum sedang berucap
di dalam majlis jamuan akhir tahun anjuran
Kelab Pustakawan Sekolah

Guru Penolong Kanan 1 menyampaikan sijil keahlian
pustakawan kepada murid dalam majlis jamuan
akhir tahun anjuran Kelab Pustakawan sekolah.

Ceramah Bahaya Merokok

Posted by Unknown


Program Marhaban Hari Raya

Posted by Unknown Saturday, October 27, 2007


27 Oktober Sabtu - Majlis Marhaban semperna sambutan Hari Raya Aidilfitri 1428H telah dijalankan pada hari ini. Beberapa buah rumah penduduk kampung telah menjemput rombongan murid-murid SK Serom 3 untuk membuat kunjungan ke rumah mereka sambil melagukan marhaban sebagaimana tradisi penduduk negeri Johor pada setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri. Antara kampung sekitar sekolah yang dilawati ialah Kampung Serom 1 , Taman Serom Utama, Kampung Serom 2 , 3 , 4 , 5 , 6 dan 7. Tujuan diadakan kunjungan marhaban ini ialah untuk mengeratkan hubungan di antara warga sekolah dengan penduduk kampung yang berhampiran dengan sekolah.

Taklimat PIPP Teras Ke-2

Posted by Unknown Saturday, September 29, 2007


29 Sept - Satu taklimat tentang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) teras yang ke dua telah diadakan di Bilik Gerakan SK Serom 3 pada hari ini. Taklimat PIPP teras ke-2 , Pembangunan Modal Insan ini telah disampaikan oleh Guru Besar SK Parit Jawa, YM Raja Naguib Bin Raja Ali. Taklimat ini disampaikan kepada semua guru SK Serom 3 untuk memberi penerangan yang berguna dalam melaksanakan Pembangunan Modal Insan yang merupakan salah satu teras yang penting dalam PIPP negara ini. Taklimat ini telah berlangsung selama 3 jam yang merangkumi strategi pelaksanaan teras ke-2 PIPP yang dihurai secara terperinci oleh penceramah.

Penutup Bulan Kemerdekaan 2007

Posted by Unknown Monday, September 17, 2007


17 Sept - Majlis penutup bulan kemerdekaan negara ke 50 peringkat sekolah telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah pada hari ini. Dalam majlis yang berlangsung dengan meriah ini, beberapa lagu patriotik dan lagu tema kemerdekaan ke-50 telah dinyanyikan oleh murid-murid SK Serom 3. Sebelum itu, majlis terlebih dahulu dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada murid yang memenangi beberapa pertandingan yang telah dijalankan dalam bulan kemerdekaan kali ini. Antaranya pertandingan kelas tercantik bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster kemerdekaan dan pelbagai lagi. Majlis penutupan ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Serom 3.

Basikalthon Merdeka

Posted by Unknown Saturday, September 8, 2007


8 Sept - Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-50 Sk Serom 3 telah menganjurkan acara basikalthon merdeka untuk mengisi program sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Acara ini bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dikalangan warga Sk Serom 3. Sambutan yang menggalakkan diterima dari murid-murid Sk Serom 3 yang bersemangat untuk bersama-sama menyertai acara basikalthon ini. Mereka menghiasi basikal masing-masing dengan bendera jalur gemilang. Seramai 40 orang murid telah mengambil bahagian dalam acara ini yang bermula dari Sk Serom 3 menuju ke Kampung Kolam sejauh 10 km. Dalam perjalanan , rombongan ini turut berhenti di SK Belemang untuk membuat lawatan ke sekolah tersebut.

UPSR Bermula

Posted by Unknown Monday, September 3, 2007


3 Sept - Seramai 98 calon dari SK Serom 3 mula menduduki peperiksaan UPSR pada hari ini. Peperiksaan UPSR yang bermula pada hari ini akan berakhir pada 5 September. Setiap calon yang menghadapi UPSR telebih dahulu diberi sarapan pagi oleh pihak sekolah supaya mereka dapat menjawab peperiksaan dalam keadaan yang selesa.

Majlis Keberkatan Ilmu Murid UPSR

Posted by Unknown Thursday, August 30, 2007


30 Ogos - Majlis keberkatan ilmu untuk murid tahun enam yang akan menghadapi UPSR 2007 telah diadakan pada hari ini. Majlis ini dijalankan di Dewan SK Serom 3 mendapat kerjasama sepenuhnya dari guru-guru SK Serom 3. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan bacaan doa kejayaan untuk mendapat keberkatan Allah s.w.t. Guru Besar SK Serom 3 turut menyampaikan amanat buat murid-murid sebagai perangsang bagi mereka menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Majlis diakhiri dengan sesi bersalam-salaman murid dengan semua guru SK Serom 3.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Posted by Unknown Friday, August 17, 2007


17 Ogos - Majlis pelancaran bulan kemerdekaan negara yang ke 50 telah berlangsung di dewan SK Serom 3. Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah En Shamsudin B Sarip. Antara acara yang diatur dalam majlis perasmian ini ialah ceramah perkisahan perjuangan anggota tentera dalam mempertahankan kemerdekaan negara. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan anak jati Serom 3 dan pesara tentera. Beliau ialah Tuan Haji Misnan. Banyak kisah-kisah yang dikongsi oleh beliau ketika bersama-sama mempertahankan negara di awal kemerdekaan dahulu. Beliau berharap generasi muda hari ini dapat mengambil pengajaran dan sedia berkorban untuk mempertahankan kemerdekaan negara yang dinikmati sekarang. Majlis pelancaran ini kemudiannya diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan dan laungan merdeka oleh murid-murid SK Serom 3.

Tahniah Pasukan Bola Tampar SK Serom 3

Posted by Unknown Sunday, August 12, 2007


12 Ogos - Pasukan Bola Tampar Perempuan Sekolah Kebangsaan Serom 3 telah menjadi Naib Juara dalam pertandingan bola tampar di Karnival Pusat Rakan Sukan Majlis Sukan Negara Malaysia 2007. Pertandingan terbuka yang disertai oleh sekolah-sekolah negeri Johor ini telah diadakan selama 2 hari bermula 11 hingga 12 ogos. Ia diadakan di Kompleks Sukan Pagoh , Muar.

Dalam pertandingan akhir kategori sekolah rendah perempuan , pasukan bola tampar SK Serom 3 tewas kepada Pasukan SK dari Johor Bharu. Sebagai naib juara , pasukan yang dilatih oleh Cikgu Misbakh bin Abu menerima hadiah RM 300.Tahniah kepada pasukan Bola Tampar SK Serom 3.