Content feed Comments Feed

Hari Akhir Sesi 2007

Murid-murid sedang bersalaman dengan guru-guru pada hari akhir persekolahan tahun 2007...

Pendaftaran 2010

31 Dis 09 - Sempena sesi persekolahan yang baru tahun 2010 , pihak sekolah telah mengadakan hari pendaftaran dan pembayaran alat tulis bagi murid-murid yang akan mula memasuki sesi persekolahan baru bermula Isnin ini. Ini bagi memastikan murid-murid dapat mengikuti sesi pembelajaran pada hari pertama persekolahan dengan lancar. ...

Speed race

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus ...
CahayaBiru.com

Majlis Keberkatan Ilmu Murid UPSR

Posted by Unknown Thursday, August 30, 2007


30 Ogos - Majlis keberkatan ilmu untuk murid tahun enam yang akan menghadapi UPSR 2007 telah diadakan pada hari ini. Majlis ini dijalankan di Dewan SK Serom 3 mendapat kerjasama sepenuhnya dari guru-guru SK Serom 3. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan bacaan doa kejayaan untuk mendapat keberkatan Allah s.w.t. Guru Besar SK Serom 3 turut menyampaikan amanat buat murid-murid sebagai perangsang bagi mereka menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Majlis diakhiri dengan sesi bersalam-salaman murid dengan semua guru SK Serom 3.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Posted by Unknown Friday, August 17, 2007


17 Ogos - Majlis pelancaran bulan kemerdekaan negara yang ke 50 telah berlangsung di dewan SK Serom 3. Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah En Shamsudin B Sarip. Antara acara yang diatur dalam majlis perasmian ini ialah ceramah perkisahan perjuangan anggota tentera dalam mempertahankan kemerdekaan negara. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan anak jati Serom 3 dan pesara tentera. Beliau ialah Tuan Haji Misnan. Banyak kisah-kisah yang dikongsi oleh beliau ketika bersama-sama mempertahankan negara di awal kemerdekaan dahulu. Beliau berharap generasi muda hari ini dapat mengambil pengajaran dan sedia berkorban untuk mempertahankan kemerdekaan negara yang dinikmati sekarang. Majlis pelancaran ini kemudiannya diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan dan laungan merdeka oleh murid-murid SK Serom 3.

Tahniah Pasukan Bola Tampar SK Serom 3

Posted by Unknown Sunday, August 12, 2007


12 Ogos - Pasukan Bola Tampar Perempuan Sekolah Kebangsaan Serom 3 telah menjadi Naib Juara dalam pertandingan bola tampar di Karnival Pusat Rakan Sukan Majlis Sukan Negara Malaysia 2007. Pertandingan terbuka yang disertai oleh sekolah-sekolah negeri Johor ini telah diadakan selama 2 hari bermula 11 hingga 12 ogos. Ia diadakan di Kompleks Sukan Pagoh , Muar.

Dalam pertandingan akhir kategori sekolah rendah perempuan , pasukan bola tampar SK Serom 3 tewas kepada Pasukan SK dari Johor Bharu. Sebagai naib juara , pasukan yang dilatih oleh Cikgu Misbakh bin Abu menerima hadiah RM 300.Tahniah kepada pasukan Bola Tampar SK Serom 3.